Ilmu Pengetahuan Jahiliah

Masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang perniagaan, namun kepandaian tersebut tidak cukup untuk meletakkan mereka sebagai satu bangsa yang bertamadun kerana tamadun sesebuah bangsa mempunyai ciri-ciri yang tersendiri termasuklah dari aspek moral dan akhlak.

Pada zaman tersebut penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada. Kebanyakan orang Arab pada ketika itu buta huruf tidak tahu membaca dan menulis, hanya seramai 17 orang sahaja yang yang menguasai bidang tersebut.

Aktiviti penyebaran ilmu pada ketika itu adalah amat terbatas disebabkan golongan pedagang dari luar berbangsa Rom dan Parsi lebih menumpukan perhatian kepada mencari keuntungan dari hasil perdagangan daripada menyebarkan ilmu.